MOHAMAD LATIF AL-BANJARI. Powered by Blogger.
RSS

Tuesday, May 31, 2011

Temuduga MEdSI @ USM,Penang......

Hari Rabu yg lepas bersamaan 26 Mei 2011 aku telah pergi ke USM,Penang utk menghadiri temuduga kelayakan program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan...

Ini adalah lanjutan daripada ujian MEdSi yg aku duduki tempoh hari.. Aku memilih program Ijazah Sarjana Muda Sastera dgn Pendidikan (Pengkhususan: Bahasa Melayu, Geografi, Sejarah) yg ditawarkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) .

Setelah tiba di USM, Penang dan mendaftarkan diri...aku ditempatkan di Bilik Tutorial 113 bersama 12 orang rakan (4 lelaki tmsuk aku dan 8 perempuan). Suasana sunyi sepi di dalam bilik tersebut. Mungkin kerana masing2 berasa takut utk menghadapi panel temuduga yg digambarkan sbg manusia yg suka mengenakan calon-calon dgn soalan2 yg sukar dijawab...

Aku merupakan calon yg ketiga. Setelah namaku dipanggil aku segera keluar dari bilik tutorial tersebut dan menunggu giliran untuk ditemuduga. Tiba giliranku, aku masuk ke dalam bilik temuduga dan alangkah terkejutnya aku kerana panel temuduga aku ketiga2nya adalah wanita.

Aku masuk dgn langkah yg tertib dan menyerahkan fail sijil utk disemak oleh panel temuduga tersebut. Setelah disuruh duduk aku pn duduk di atas kerusi yg telah disediakan berhadapan dgn meja panel temuduga..

Antara soalan yg diajukan kpd aku adalah spt:

1. Sila perkenalkan diri kamu.
-masa ni aku gementar lagi....sampaikan nak perkenalkan diri pn aku tergagap2...haha mati akal.

2. Kenapa pilih USM sbg pilihan pertama.
-masa ni aku rasa semangat sikit... Aku pun beritahu sebab aku pilih USM adalah disebabkan USM merupakan universiti terbaik di Malaysia... Apa lagi bukan main seronok panel temuduga aku tu kna puji.. Dia ckp dlm tempoh 3 hari temuduga dijalankan, aku merupakan calon pertama yg cakap macam tu... Wah aku makin excited...hehe panel temuduga aku ni sporting rupanya.

3. Pengkhususan yg dipilih?
- dgn yakinnya aku jawab Geografi...

4.Isu Semasa
- yg ni aku paling suka sbb pagi sblm temuduga aku dah baca n tgk tv ttg tanah runtuh di Hulu Langat.

5. Demo mengajar.
-paling best...memandangkan pengkhususan geografi yg aku pilih ada kaitan dgn tanah runtuh jd panel temuduga suruh aku terangkan punca berlaku tanah runtuh n langkah mengatasi.... Senang beb... Aku siap lukis lg kat white board utk terangkan dgn lebih lanjut... Senyum ja panel tu...hehe lega hati aku...baru ada semangat..

6. Dah start soalan dlm bahasa Inggeris. Dua ciri yg perlu ada pada guru..
- aku jawab sabar dan bijak.

7. Kenapa seorang guru perlu ada keberanian? (dlm bi tp aku translatekan kpd bm)
- ah sudah...soalan bm pn gagap inikan plk bi...mati aku... Oleh kerana aku xleh jwb dlm bi maka aku pn berterus terang dgn panel temuduga. Nasib baik dia izinkan jwb dlm bm...so aku pn berhujah dgn panjang lebarnya sehingga panel temuduga mengarahkan aku berhenti dan menamatkan temuduga...

Alhamdulillah akhirnya aku berjaya melepasi temuduga tersebut. Cuma tdk tahu sama ada lulus ataupun tidak sama2 kita nantikan keputusannya minggu ke-2 bulan 7 nnti...

P/s; doakan aku lulus temuduga tau...amin...

2 comments:

camsahamidah said...
This comment has been removed by the author.
camsahamidah said...
This comment has been removed by the author.

PenGiKut SeTia