MOHAMAD LATIF AL-BANJARI. Powered by Blogger.
RSS

Tuesday, August 23, 2011

Nasihat daripada Syeikh Abdul Qadir al- Jilani (470-561 Hijrah)




Wahai anak muda!

•Tegurlah dirimu sendiri dahulu sebelum menegur diri orang
lain.
•Perbetulkan diri kamu sendiri dahulu sebelum
memperbetulkan orang lain.
•Perhatikan diri kamu sendiri dahuklu sebelum
memerhatikan orang lain.
•Perdulikan diri kamu sendiri dahulu sebelum
memperdulikan orang lain.

Sekiranya kamu masih "buta" (dalam hal keagamaan dan
ketuhanan), bagaimanakah kamu hendak membimbing
orang lain? Hanya orang yang celik sahaja dapat
membimbing orang lain. Hanya pakar berenang sahaja yang
mampu menyelamatkan mangsa yang sedang lemas di laut.
Hanya orang yang telah mengenal Allah sahaja dapat
membawa/membimbing orang lain dalam perjalanan
menuju kepada Allah. Bagaimanakah seorang yang "jahil"
tentang Allah mampu membawa/membimbing orang lain
kepada Allah?

Janganlah kamu bertanya, apa yang "patut" Allah lakukan.
Kewajipanmu hanyalah mencintai Nya dan berbuatlah
segalanya hanya keranaNya bukan kerana
"ghairullah" (selain Allah). Takutlah hanya kepada Allah,
jangan takut kepada "ghairullah". Ia mesti tersemat di dalam
hati bukan hanya berkata pada lidah sahaja. Di dalam "diri
sendiri" bukan semata untuk menunjuk-nunjuk pada
khalayak ramai.

Sekiranya "tauhid" dipintu rumah tetapi "syirik" di dalam
rumah, ia umpama "pepat" di luar "rencong" di dalam. Orang
Munafik namanya. "Celakalah" orang yang lidahnya lurus
tetapi hatinya bengkok, lidahnya manis tetapi hatinya pahit.
"Celakalah" orang yang berpura-pura menjadi "Hamba Allah"
tetapi patuh kepada "Ghairullah". Jika kamu benar-benar
hambaNya, maka janganlah patuh kepada ghairullah. Orang
yang benar-benar beriman tidak akan "taat" kepada
nafsunya sendiri, iblis dan syaitan. Dia tidak sesekali patuh
ajakan syaitan dan tidak akan di kuasai oleh "dunia". Hanya
Allah sahaja dipandangnya setiap ketika.

Buanglah "syirik", tegakkan "tauhid" Allah yang menjadikan
segala-galanya. Janganlah meminta kepada "makhluk"
pintalah hanya pada Allah kerana DIA memiliki segala-
galanya. Setiap perkara ada tersimpan dalam
perbendaharaannya.

Wahai anak muda.

Terimalah dengan ikhlas apa yang di taqdirkan kepadamu.
Tanamkan perasaan sabar di dalam kalbu. Taatlah kepada
Allah dengan penuh khidmat. Jika kamu berbuat demikian,
Dia yang Menentukan Taqdir akan melimpahkan Keberkatan
dan Rahmat kepadamu, jauh melebihi dari apa yang kamu
harap dan sangkakan...


P/s: renung-renungkan..fikir-fikirkan dan selamat beramal

JAZKALLAHU KHAIR ;)

No comments:

PenGiKut SeTia