MOHAMAD LATIF AL-BANJARI. Powered by Blogger.
RSS

Sunday, September 11, 2011

Bergelar mahasiswa USM SA 2011/2012

alhamdulillah.. pada 6 September 2011 yang lalu aku telah selamat mendaftarkan diri sebagai mahasiswa tahun pertama sidang akademik 2011/2012 Universiti Sains Malaysia, Kampus Induk, Pulau Pinang.


aku telah ditempatkan di desasiswa luar kampus iaitu desasiswa Restu.

blok MO1 (Lelaki)


bilik aku lebih kurang macam ni la.. luas x?


amacam cantik x?kemudahan semua ok... cuma jarak dari desa ni nak ke pusat pengajian dan dewan kuliah agak jauh...

hari ini adalah hari terakhir orientasi pelajar baru dan esok 12 September 2011 adalah hari pertama aku memasuki dewan kuliah.. Rasa takut, gelisah, dan keliru menghantui diri ini. Adakah aku mampu untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran pembelajaran yang jauh berbeza berbanding semasa berada di sekolah menengah..

aku harapkan semoga Allah memelihara dan sentiasa memberi petunjuk dan hidayahnya kepada diri aku untuk terus istiqamah menuntut ilmu hingga berjaya menggenggam segulung ijazah 4 tahun lagi...

semoga dikuatkan iman dihati ini kerana persekitaran hidup di universiti banyak cabaran, dugaan, dan godaannya yang tersendiri...




amin ya rabbal alamin.........

No comments:

PenGiKut SeTia