MOHAMAD LATIF AL-BANJARI. Powered by Blogger.
RSS

Wednesday, September 28, 2011

Doa Rabitah


Assalamu'alaikum WBT.
Salam Mahabbah buat semua. Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah kerana kita masih lagi dilimpahi dengan nikmat Iman dan Islam yang tidak ternilai ini. Post kali ini adalah berkenaan Doa Rabitah.

Doa Rabitah boleh dijumpai di kitab al-Ma'thurat oleh Imam Hasan al-Banna. Saya terlintas untuk membuat posting berkenaan Doa Rabitah ini apabila naqib usrah Ustaz Adam Fitri PMIUSM  mengarahkan kami untuk menghafal doa ini.. Rakan-rakan usrah boleh rujuk doa di bawah untuk hafalan beserta maksudnya sekali.. :)

[klik gambar untuk besarkan]


Terjemahan: 
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu dan bersatu bagi memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu.

Oleh itu Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan hati-hati ini, tunjukilah hati-hati ini akan jalan yang sebenar, serta penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati dengan limpahan keimanan serta keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah doa kami..."

Amiinnn...
**************************************************************************************************************
Untuk format PDF, anda boleh muatturun dengan klik DI SINI.

Dibawah ini adalah contoh Doa Rabitah yang dibawa dalam bentuk nasyid oleh kumpulan UNIC:




Firman Allah s.w.t:

InsyaAllah, marilah kita sama-sama berdoa serta memanjatkan syukur kita pada Allah SWT. Ingatlah, Allah sentiasa ada bersama kita tidak kira diamana anda berada dan apa yang anda lakukan.

Semoga kita semua tergolong dalam golongan mereka2 yang beriman dan soleh. Mohon doakan kejayaan saya dan rakan-rakan serta kita semua didunia dan diakhirat. Amin.....

Sekian sahaja buat masa ini, semoga mendapat manfaat daripadanya, sebar-sebarkanlah sekiranya post ini bermakna buat anda serta orang lain.
Wassalamu'alaikum.

Yang ikhlas,

Mohamad Latif bin Atu
Sarjana Muda Sastera dgn Pendidikan (2011-2015)
Universiti Sains Malaysia (Induk)

No comments:

PenGiKut SeTia