MOHAMAD LATIF AL-BANJARI. Powered by Blogger.
RSS

Friday, December 9, 2011

Tokoh Gerakan Islam -> AS-SYAHID IMAM HASAN AL-BANNA

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca  blog ini. Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya serta dengan taufik dan hidayah-Nya, kita masih mengecapi nikmat Iman dan nikmat Islam sehingga ke hari ini. Nikmat Iman dan Islam inilah yang telah dianugerahkan oleh Yang Maha Esa bersama kemegahan yang dijanjikan oleh Allah subhanahu wa’ taal. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang telah betungkus lumus berjuang bagi menebarkan dakwah sehingga kita tersentuh dengan kemurnian aqidah ini, seluruh generasi Al-Quran yang telah mewakafkan diri mereka untuk Islam sehingga bermandi keringat dan darah bagi meletakkan baja perjuangan ini. 

Bersyukur tidak terhingga apabila masih lagi diberi ruang dan peluang untuk menulis di blog ini sebagai perkongsian bersama. Artikel kali ini ditulis untuk memperkayakan maklumat masyarakat tentang dakwah dan tokohnya dalam abad moden ini, perwatakan dan peribadi insan-insan gemilang yang telah mewarnai ummah dalam kurun ke 20 dan 21. Selain itu, matlamat artikel ini juga adalah untuk menambah pengetahuan masyarakat mengenai gerakan Islam kontemporari yang berjuang di negara-negara umat Islam dan menghadapi tentangan yang sangat dahsyat dalam usaha membina semula kefahaman Islam yang sebenar kepada ummah yang jahil tentang kesyumulan Islam setelah kejatuhan sistem Khilafah terakhir (Kerajaan Uthmaniah) pada tahun 1924. Artikel kali ini akan membicarakan tentang As-Syahid Imam Hasan al-Banna yang merupakan pengasas kepada Pertubuhan Ikhwanul Muslimin yang popular di Mesir.




As-Syahid Imam Hasan al-Banna merupakan seorang tokoh yang sangat berpengaruh dan disegani dalam arena dakwah global, terutamanya bagi pejuang-pejuang gerakan Islam seluruh dunia abad moden. Beliau dilahirkan pada tanggal 14 OKTOBER 1906. Jasa besar yang telah beliau lakukan untuk Islam ialah menggerakkan kesedaran kembali kepada Islam dan menyegarkan kembali fahaman Islam yang terhakis akibat kesan penjajahan Barat di negara-negara umat Islam.

Beliau memperoleh banyak maklumat dan pengetahuan khususnya mengenai isu agama dan fikrah-fikrah yang segar menganai perjuangan menegakkan kebenaran daripada ayahandanya, Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna yang banyakdipengaruhi fikrah serta cita-cita perjuangan Syeikh Muhammad Abduh dan Sayyid Jamaluudin al-Afghani.

Ketika berumur 12 tahun, belia dilantik menjadi Pemimpin Badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluk wal-Akhlaqi yang dikelolakan oleh guru disekolahnya. Beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan Sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah dan menjadi ahli penuh pada tahun 1922. Melalu pertubuhan inilah beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudiannya memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwanul Muslimin.


Pada usia 16 tahun yakni pada tahun 1923, beliau memasuki Dar al-'Ulum, sekolah latihan guru di ibu negara Mesir iaitu Kaherah. Disana beliau berasa terganggu dengan kesan kebaratan yang ada disana terutamanya peningkatan arus sekular seperti parti-parti politik, kelompok-kelompok sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular yang melemahkan pengaruh Islam serta meruntuhkan nilai moral tradisional.


Beliau kemudiannya menyertai  Pertubuhan Jama'atul Makram al-Akhlaq al-Islamiyah. Melalui pertubuhan ini, beliau dan rakan-rakan giat menjalankan aktiviti dakwah untuk menegakkan kembali Islam yang terhakis akibat pengaruh sekular di serata pelosok tempat. Pada peringkat ini beliau telah bertemu dengan tokoh-tokoh Islam terkenal dan mengadakan hubungan untuk menjalankan kerja dakwah dan memperjuangkan   Islam dengan mereka. Semasa tahun akhir di Dar al-'Ulum beliau becadang untuk menzuhudkan diri menjadi ''penasihat dan guru'' bagi golongan dewasa dan kanak-kanak, supaya dapat mengajar golongan ini tentang ''matlamat agama dan sumber kegembiraan dan keriangan dalam kehidupan''.


Beliau memperoleh ijazah pada tahun 1972 dan menjawat jawatan guru Bahasa Arab di sekolah rendah kebangsaan di Isma'iliyya, yang merupakan sebuah bandar berdekatan Terusan Suez. Di Isma'iliyya beliau turut beceramah di masjid, kedai kopi dan lain-lain tempat sebgai tambahan kepada kelas siangnya. Pada peringkat awal, pandangan beliau tentang pelaksanaan Islam ditentang hebat oleh elit keagamaan tempatan dan beliau mengamalkan polisi mengelakkan kontroversi agama. Beliau sangat bijak menghindari perbalahan perkara khilafiah yang tidak menguntungkan dakwah. 


Nama beliau mula disebut oleh golongan-golongan pemuda yang amat meminati dakwah dan teruja dengan akhlak terpuji yang ditunjukkan oleh beliau. Beliau menyantuni golongan tua dengan cara yang beradab seperti mengutus surat kepada pemuka-pemuka agama terutamanya menegur kelalaian golongan ini dalam perjuangan Islam.


Beliau meletakkan jawatan sebagai guru pada 1946 setelah 19 tahun bekhidmat dalam bidang perguruan. Tujuan beliau adalah untuk menyusun kegiatan dakwah dengan lebih berkesan dalam kalangan masyarakat di bandar itu (Isma'iliyya). Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama teah menjadikan Ikhwanul Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh pada ketika itu.


As-Syahid Imam Hasan al-Banna merupakan seorang pemimpin  yang bijak mengatur organisasi. Ikhwanul Muslimin disusun dalam 3 peringkat iaitu:
1. Memperkenalkan Ikhwanul Muslimin dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan.
2. Membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalankan jihad.
3. Melaksanakan cita-cita Perjuangan Islam dengan tegas.


Dalam satu ucapan, beliau pernah menyebut dengan tegas:
''Wahai kaumku, sesungguhnya saya menyeru kepada kalian, bahawa al-Quran ada di tangan kanan saya dan sunnah di tangan kiri saya dan amal para salafusssolihin dari umat ini sebagai tauladan. Saya dan rakan-rakan menyeru kepada kalian untuk kembali kepada Islam; ajaran dan hidayah Islam. Islam adalah sistem kehidupan yang komprehensif, mencakup segala aspekkehidupan, dia merupakan negara dan bangsa, atau pemerintahan danumat, dia merupakan akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan, dia merupakan thaqofah dan undang-undang atau ilmu dan hukum, dia merupakan materi dan harta atau usaha dan kekayaan, dan dia merupakan jihad dan dakwah atau perajurit dan ideologi, sebagaimana dia merupakan akidah yang bersih dan ibadah yang benar satu sama lain''.



Pengaruh Ikhwan yang semakin kuat amat dikhuatiri dan ditakuti oleh kerajaan Mesir yang diketuai oleh al-Nukrasi Bassa dari parti al-Sa'di yang bertindak mengharamkan Ikhwan Muslimin pada 1948 atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sungguhpun begitu, Hassan al-Banna tidak ditahan dan beliau cuba sedaya upaya menyelamatkan Ikhwan.
Malangnya usaha beliau belum berhasil sehinggalah dibunuh kerana ditembak pada waktu tengah hari 12 Februari 1949, ketika keluar dari bangunan pertubuhan Ikhwan Muslimin. Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital dan pembunuhan beliau didakwa dirancang oleh polis rahsia kerajaan berikutan kematian perdana menteri yang dibunuh oleh seorang pelajar yang kecewa dengan pembubaran Ikhwan Muslimin. Jenazah al-Imam Hassan Al-Banna telah dikebumikan dengan kawalan kereta-kereta kebal dan perisai. Orang ramai tidak dibenarkan menghadiri upacara pengebumiannya, yang hadir hanya keluarganya sendiri.

Banyak warisan dari Imam Hasan yang sangat menggelorakan semangat dakwah Islam. Berikut ini beberapa di antaranya dari sekian wasiat-wasiatnya:

  1. Bangunlah segera untuk melakukan sholat apabila mendengara adzan walau bagaimanapun keadaannya.
  2. Baca, Telaah dan dengarkan Al-Quran atau dzikirlah kepada Allah dan janganlah engkau menghambur-hamburkan waktumu dalam masalah yang tidak ada manfaatnya.
  3. Bersungguh-sungguhlah untuk bisa berbicara dalam bahasa Arab dengan fasih.
  4. Jangan memperbanyak perdebatan dalam berbagai bidang pembicaraan sebab hal ini semata-mata tidak akan mendatangkan kebaikan.
  5. Jangan banyak tertawa sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah (dzikir) adalah tenang dan tentram.
  6. Jangan bergurau karena umat yang berjihad tidak berbuat kecuali dengan bersungguh-sungguh terus-menerus.
  7. Jangan mengeraskan suara di atas suara yang diperlukan pendengar, karena hal ini akan mengganggu dan menyakiti.
  8. Jauhilah dari membicarakan kejelekan orang lain atau melukainya dalam bentuk apapun dan jangan berbicara kecuali yang baik.
  9. Berta’aruflah dengan saudaramu yang kalian temui walaupun dia tidak meminta, sebab prinsip dakwah kita adalah cinta dan ta’awun (kerja sama).
  10. Pekerjaan rumah kita sebenarnya lebih bertumpuk dari pada waktu yang tersedia, maka manfaatkanlah waktu dan apabila kalian mempunyai sesuatu keperluan maka sederhanakanlah dan percepatlah untuk diselesaikan.

As-Syahid Imam Hasan al-Banna merupakan nama indah yang terukir dalam jiwa kita, para pejuang Islam akhir zaman. Beliau membentangkan jalan yang jelas untuk diikuti oleh para da'ie dalam kesamaran jahiliah moden. Alangkah tabah dan sabarnya beliau dalam mengharungi mehnah dan tribulasi sehingga membawa kepada kesyahidan beliau semasa berjuang menegakkan kembali faham Islam yang terhakis gara-gara pengaruh sekular yang dibawa oleh musuh-musuh Islam untuk melemahkan Islam dengan cara halus.


As-Syahid Imam Hasan al-Banna adalah cerminan hidup seorang pejuang yang telah mewakafkan hidupnya demi memartabatkan Islam di tempat yang selayaknya. Semoga rohnya dirahmati Allah s.w.t dan ditempatkan bersama-sama para syuhada di Syurga sana. Amin ya rabbal 'alamin...


Dibawah ini adalah sedikit video tentang beliau :)





(Rujukan: Zainudin Hashim Riduan Mohamad Nor (2009), Tokoh-tokoh Gerakan Islam Abad Moden, Jundi Resources)




MOHAMAD LATIF BIN ATU
ISM SASTERA DENGAN PENDIDIKAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
(2011-2015)

2 comments:

Anonymous said...

Tahniah..kalau boleh letak sekali gambar

Mohamad Latif said...

syukran. dah letak gambar dengan video sekali :)

PenGiKut SeTia