MOHAMAD LATIF AL-BANJARI. Powered by Blogger.
RSS

Monday, January 7, 2013

Siapakah gerangan insan ini?



Siapakah insan istimewa ini?

Nama : Tuan Guru Hj Salleh bin Musa 
Tarikh Lahir : 08.02.1929 
Ayah: Tuan Guru Hj Musa bin Salleh 
Ibu: Khatijah bt Saad 
Tempat lahir :Pekan Sik 
Bil Adik beradik : 8 orang Anak ke : 3


Pendidikan :

Sek Rendah Keb Sik (Dan ke Pondok Tn Hussin Kedah, kemudian ke Pondok Tn Guru Hj Mad Nawawi Gurun Kedah, ini kurang mashur kerana Tn Guru sekejap sahaja disana)
-Pondok Pak Chu Him Gajah Mati Pendang Kedah
-Darul Ulum Makkah dan menamatkan sijil kepujian Aliy
-Kemudian mendalami ilmu di Masjidil Haram Makkah bersama syeikh-syeikh terkemuka diantaranya Syeikh Ismail Fatani , Syeikh Yassin Al Fadani , Syeikh Abd Qadir Mandili , Syeikh Syed Alawi Al Malikki , Syeikh Syed Amin Qutubi dan syeikh muktabar lain .

Perkahwinan:

Berkahwin dengan Hj Hatiah bt Hanafi. Mendapat 2 orang cahaya mata semasa berlajar di Makkah. Tn Guru memiliki 11 orang cahaya mata semuanya. Kini isteri beliau sudah meninggal dunia dan Tn Guru sekali lagi berkahwin dengan Hj Sofiah bt Hj Awang.

Perkhidmatan:

Tahun 1964 Tn Guru pulang ke Tanah air dan terus berkhidmat membantu mengajar di pondok ayah beliau di Pekan Sik . Tn Guru menggantikan ayah beliau sebagai mudir Madrasah Ar Rahmaniah hingga sekarang . Sekarang Tn Guru dibantu oleh anak belaiu Syeikh Muslim sebagai Timb. Mudir .

Tn Guru menumpukan dakwah sepenuh masa di Pondok hingga sekarang dan beliau menyampaikan dakwah di setiap daerah di sekitar negeri Kedah Darul Aman .

KDYMM Sultan Kedah telah menganugerahkan beberapa pingat kebesaran , diantaranya B.K.M, S.D.K dan Tokoh Pendakwah Negeri Kedah tahun 2009. Pada tahun 2010 MB Kedah YAB Ust Azizan Abd Razak menganugerahkan Tokoh Pondok Negeri Kedah, 2011 beliau dinobat Tokoh Ilmuan Daerah Sik Oleh Pegawai Daerah Sik.

Beliau merupakan seorang ulama yang terkenal di negeri Kedah pada masa sekarang kerana beberapa faktor ketokohan beliau, antaranya ialah beliau merupakan Tuan Guru Pondok yang paling tua nisbah umur dikalangan Tn Guru Pondok disekitar Kedah .

Beliau juga merupakan tokoh ulama Tauhid di alam melayu sekarang, seluruh pelajar pondok seluruh Malaysia, Thailand akan berkumpul di Pondok Tn Guru Hj Salleh, Sik setiap bulan Ramadhan semata-mata untuk belajar ilmu tauhid dengan Tuan Guru Hj Salleh

Beliau sangat petah dalam penyampaian ilmu dan dakwah , mudah difahami apa yang beliau syarahkan. Kuliah mingguan beliau setiap hari Jumaat tidak kurang dari 3000 orang yang hadir . Setiap hari beliau gigih mengajar di Madrasah Ar Rahmaniah dan beliau keluar menyampaikan dakwah di seluruh daerah didalam Kedah , hampir 24 tempat beliau jelajah setiap bulan, Allah beri taufiq pada beliau, walau usia 83 tahun tetapi beliau masih bertenaga menyebarkan ilmu dan berjuang .

Ketokohan beliau tidak dapat dinafikan oleh kawan dan lawan, tegas dalam hukum menyebabkan ramai menyukai dan menyayangi beliau. 

Beliau sangat aktif berjuang untuk memastikan Islam tertegak didalam negara Malaysia yang kita cintai. Wadah yang beliau pilih adalah PAS kerana ini merupakan amanat dari dua orang Guru beliau di Makkah iaitu Syeikh Qadir Mandili dan Syeikh Wan Ismail ( Pak Da Eil)

Beliau juga menjadi tempat rujuk kepada pimpinan tertinggi parti PAS Pusat, PAS Negeri dan termasuk Anwar Ibrahim.

Mudah-mudahan Allah melanjutkan usia Tn Guru ,agar kita dapat mengambil manfaat daripada ilmu yang dimiliki oleh beliau . InsyaAllah.

(Sumber: http://pondoktauhid.blogspot.com.au/2011/05/tuan-guru-hj-salleh-musa-sik-kedah-yang.html?m=1 )


No comments:

PenGiKut SeTia