Pagi tadi aku buka facebook ternampak sorang kawan share pasal ni...so aku pn copy & letak kt blog aku nih...hehe jgn marah ha... Apapun aku rasa info ni berguna untuk kita semua.. teruskan membaca info yg menarik nih...... :)
******
Ramai memperkatakan
tentang cara mengenal
personaliti, dan terkini,
masyarakat Jepun melalui agensi
cari jodohnya menggunakan
teknik mengenal pasti personaliti
mengikut jenis darah. Personaliti
melalui jenis darah kedengaran
agak pelik? Mari sama-sama kita
lihat.
1) Jenis Darah A adalah Petani
(Farmers)
Mereka berdarah A adalah
golongan yang pemalu tetapi
mementingkan kesempurnaan
dalam senyap. Mereka sangat
bertimbang rasa terhadap orang
lain dan tidak pandai menipu.
Mereka setia dengan kawan dan
rakan sekerja. Mereka boleh
menjadi perahsia, kuat, tetapi
jarang sekali berkongsi perasaan
mereka. Mereka ini sukar
dipuaskan dan serius dalam
hidup.
Peribadi Asas:
Berhati hati dalam membuat
keputusan, sentiasa memastikan
sesuatu jelas melalui kontrak,
terlalu mementingkan undang-
undang sosial kehidupan.
Kadar Toleransi:
Toleransi tinggi dengan kerja-
kerja fizikal dan berulang, tidak
mampu menerima perubahan
dengan mudah, hilang minat
pada satu-satu hobi dengan
mudah.
Bagaimana mereka melihat masa
hadapan dan masa lampau:
Terlalu mencuba untuk melupakan
masa lampau, sikap pesimis
terhadap masa hadapan.
Bagaimana mereka
menggambarkan perasaan:
Boleh berpura-pura membuat
muka tenang walaupun
hakikatnya sedang marah,
memerlukan masa yang lama
untuk pulih jika dilukai, sensitif
kepada pandangan orang lain.
Bagaimana mereka bekerja:
Menguruskan satu perkara
sahaja dalam satu masa,
membezakan antara kerja dan
peribadi, sangat
bertanggungjawab, terdorong
untuk memilih hobi yang
membantu mereka menenangkan
perasaan.
2) Jenis Darah B adalah Pemburu
(Hunters)
Mereka berdarah B adalah
golongan yang periang, memiliki
semangat dan aura personaliti
yang kuat dan tersendiri. Dalam
waktu yang sama, mereka tidak
menghiraukan apa orang lain fikir
tentang mereka dan liar. Mereka
boleh menjadi sangat lemah,
pemalas dan kurang
sabar. Namun, mereka juga
sangat bersungguh-sungguh
(passionate) dengan apa yang
mereka mahukan.
Peribadi Asas:
Pantas membuat keputusan,
boleh menjadi sangat fleksibel,
tidak kisah pada peraturan,
menghormati penemuan sains
dan perkara praktikal.
Kadar Toleransi:
Mengekalkan sepenuh minat
pada apa yang mereka lakukan,
kelihatan tidak sabar, tidak
sukakan kerja yang berulang.
Bagaimana mereka melihat masa
hadapan dan masa lampau:
Sukar melupakan hubungan
terkini tetapi mudah melupakan
kenangan masa silam.
Bagaimana mereka
menggambarkan perasaan:
Seorang yang ‘expressive’, ‘cool’
dan bersifat objektif, walaupun
selalu bergurau tetapi boleh
menjadi sangat pemalu, cepat
menukar ‘mood’ seperti cuaca,
tidak boleh berhenti merungut
apabila mereka kecewa.
Bagaimana mereka bekerja:
Kreatif dan memiliki idea baru,
tidak boleh membezakan kerja
dan hobi,sukar menerima arahan,
tidak gentar mencadangkan
perubahan yang inovatif dan
tidak takutkan kritikan.
3) Jenis Darah AB adalah Ahli
Kemanusiaan (Humanists)
Mereka sukar dimengerti, gemar
menjauhkan diri, selalu
menggunakan logik daripada
mengikut gerak hati. Selain itu, AB
sangat bagus menguruskan
kewangan, walaupun berfungsi
sebagai pendamai, kadang kala
AB bersikap talam dua muka.
Peribadi Asas:
Sangat praktikal, bagus dalam
menganalisa, memberikan kritikan
yang membina, sukar membuat
keputusan untuk perkara penting.
Kadar Toleransi:
Cuba untuk menjadi rajin,
kelihatan kurang sabar.
Bagaimana mereka melihat masa
hadapan dan masa lampau:
Sangat sentimental tentang masa
silam, lebih risau tentang masalah
semasa berbanding perkara lain.
Bagaimana mereka
menggambarkan perasaan:
Berjiwa sentimental, selalunya
‘cool’ dan ‘steady’, tetapi boleh
berasa sangat kecewa dengan
masalah semasa yang tidak
diselesaikan, boleh menjadi
‘moody’ sekelip mata.
Bagaimana mereka bekerja:
Boleh menguruskan bidang kerja
yang luas, menghargai kerja
keras, cepat memahami, tidak
terlalu bertanggungjawab, tidak
mampu membuat ‘follow up’
sebelum projek kerja diselesaikan.
4) Jenis Darah O Adalah pejuang
(Warriors).
Mereka ‘outgoing’, ‘expressive’,
dan ‘passionate’. O sangat
bermotivasi dan mempunyai ciri
pemimpin semulajadi. Dikurniakan
rasa kewujudan yang kuat, tidak
takut untuk mengambil risiko jika
mereka yakin mereka akan
menang, seorang ahli sukan
semulajadi.
Peribadi Asas:
Memastikan objektif jelas, sangat
yakin dengan diri, jujur, optimis
dan bertenaga.
Kadar Toleransi:
Kekuatan dan kecekalan
bergantung kepada matlamat
mereka, mudah mengalah jika
kerja dirasakan sia-sia.
Bagaimana mereka melihat masa
hadapan dan masa lampau:
Positif tentang masa lampau, oleh
itu tidak menyesali masa silam,
mencari kestabilan kewangan di
masa hadapan.
Bagaimana mereka
menggambarkan perasaan:
Selalunya bersikap tenang,
sensitif dengan keikhlasan,
memberikan pandangan terbuka
dengan jujur secara terus.
Bagaimana mereka bekerja:
Keupayaan menumpukan
perhatian bergantung pada
keadaan, biasanya lebih gemar
memimpin, boleh mengabaikan
perkara terperinci.
P/s: terkejut tak? Pelik kan.. 99% apa yg dikatakan sama dgn pers0naliti kita..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment