Subhanallah, walhamdulillah, wala ilaha illallah, wallahu akbar..
Dalam sedar tak sedar dah 4 bulan aku belajar di Universiti Sains Malaysia ni... Semester pertama pun dah nak habis tak lama lagi.. cepat betul masa berlalu.. minggu depan aku akan menghadapi final exam buat pertama kalinya di Universiti.. dulu-dulu jawab kat sekolah ja.. sekarang dah upgrade sikit.. Alhamdulillah.. :)
Aku sebenarnya agak risau nak jawab exam ni.. maklumla..zaman sekolah dulu dengan zaman u ni lain.. xsama..... kalau dulu masa kat sekolah cikgu selalu bg soalan ramalan.. so aku baca soalan ramalan tu ja..hehe.. bukan malas tp jimat masa..hehe ;) tapi dekat u ni lain sikit sebab semuanya bergantung pada usaha sendiri.. lecturer tak bagi langsung soalan ramalan.. maka kami kena study semua bab dari mula sampai habis.. o.O
Semester 1 ni subjek yang aku ambik tak susah pun tapi sebab banyak nak kena hafal dan fahamkan tu yang jadi agak susah sikit..hmmm.. aku ni sebenarnya jenis yang study last-last minit...hehe apa nak jadi la kan? dari sekolah rendah sampaila ke u perangai serupa ja... xda motivasi langsung.. huh <----- aku sedang mengkritik diri sendiri.
Sekarang ni aku tengah berhempas pulas nak cover balik semua subjek yang aku dah belajar sepanjang sem ni.. =='' walaupun banyak dugaan yang terpaksa aku lalui tapi aku pasrah dengan apa yang terjadi..
Oleh yang demikian aku berharap sangat-sangat kalian dapat doakan aku :)
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”
**Tambahan: Juga beristighfarlah 25 kali setiap hari untuk seluruh muslimin dan muslimat
p/s: Doakan aku dapat jawab soalan final exam nnti dengan mudah dan tenang.. doakan gak agar aku dapat keputusan yang cemerlang..Insyaallah.. Sangat mengharapkan doa kalian tika ini.... Syukran.. :)
No comments:
Post a Comment